Pada 1 Oktober 2022 kami dijemput ke pameran produk penyelidikan di Dataran Sayangi Kuantan anjuran Majlis Bandaraya Kuantan.
Turut hadir ke pameran ini ialah YH. Dato’ Hamdan Bin Hussin, Datuk Bandar Kuantan, pengurusan, staf Majlis Bandaraya Kuantan dan orang ramai.
Jusz Eat adalah makanan kucing super premium hasil penyelidikan selama 2 tahun bersama UMP. Sangat tinggi protein 38%. Diperbuat daripada bahan yang suci bersih tanpa campuran bahan was-was seperti babi dan anjing.
Terima kasih atas kunjugan Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba dari Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi ke tempat kami.
Produk terbaru kami iaitu Jusz Eat adalah makanan super premium hasil daripada penyelidikan selama 2 tahun. Penyelidikan ini kami kerjasama bersama dengan universiti awam iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP).