mengenai kami

Supercat adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi di dunia haiwan peliharaan atau pets. Jenama Supercat sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2014.

Jenama Supercat menekankan kepada produk-produk penjagaan dalaman dan luaran yang berkualiti untuk pets. Produk pertama yang dihasilkan oleh Supercat ialah Jusz Spray iaitu sebuah ‘waterless bath’ yang diformulasikan di United Kingdom. Produk Jusz Spray telah terjual lebih dari 1,000,000 botol dan sehingga kini tetap menjadi pilihan nombor satu untuk penjagaan luaran pets untuk membersih, melindungi disamping mengubati kulit serta bulu pets.

Produk kedua yang dihasilkan oleh jenama Supercat adalah Jusz Plus. Ianya merupakan sumplemen tambahan untuk memastikan pets sentiasa sihat dan bertenaga disamping menghindari dari penyakit-penyakit yang tidak diingini. Yang terkini Supercat telah memperkenalkan produk makanan premium terbaru iaitu Jusz Eat. 

Produk terbaru kami adalah Jusz Eat iaitu makanan kucing super premium yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan suci bersih. Bebas daripada unsur BABI dan ANJING . Jusz Eat ini hasil daripada kajian selama 2 tahun oleh Saintis (Food Technologyst) dari UMP. Formulasi Super Premium menurut piawai Association of American Feed Control Officials (AAFCO). Ianya terbukti berkesan membantu masalah bulu gugur, kulit sihat, menaikkan imun sistem dan penumbesaran organ,tulang,otot dengan baik.

Supercat sentiasa melakukan R&D untuk memperbaiki produk-produk yang sedia ada disamping menghasilkan produk-produk baru untuk memenuhi permintaan pets lovers di Malaysia. 

Disamping itu jenama Supercat juga diedarkan ke negara-negara jiran seperti di Indonesia, Brunei dan juga Singapore. Sekiranya anda berminat untuk menjadi rakan niaga Supercats sila hubungi kami secara langsung. 

supercat menjadi pilihan nombor satu di indonesia

Supercat juga melakukan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan dengan pet lovers seperti mengambil bahagian dalam pelbagai pet expo disamping menganjurkan aktiviti seperti cat show dan juga cat walk.